entry kali ni aku nak share mengenai satu sekolah dekat thailand yang baru2 ni pelajar2 nya dirempuh oleh tentera yang mabuk. nama sekolah tu TVM stand for thamvitya mulniti school. atau nama bahasa arabnya MAAHAD AL-BI'SAR ADDINIAH di wilayah yala....
ok, berbalik kpd cerita pelajar sekolah tadi, menurut maklumat dari kawan aku, *salah seorg pelajar tvm* ada 12 org pelajar dkt van tu. tapi 4 dah meninggal dunia. yang lain cedera parah. ok, yang aku nk persoalkan dekat sini, knp siaran televisyen dkt negara tu tak buat liputan pasal ni? atau keadilan mmg tak boleh dituntut? atau nyawa manusia memang boleh diragut mcm tu saja oleh tentera2 yang zalim tu?
adakah hanya kerana mereka berbangsa melayu, beragama islam, dan belajar disekolah yg terasnya al-quran? adakah kerana ini mereka tidak boleh mendapat keadilan yang sepatutnya menjad hak mereka?
bak kata kakak ipar aku, "kalau something yg jadi dkt sekolah2 islam, pihak media mmg tak nak buat liputan pun. nk tuntut keadilan? jgn harap la wani.. pandang sebelah mata pon dorg tak nak. hak org islam mmg tak ada dekat thailand ni.." seriously, aku mmg rasa nak menangis bila dengar semua ni. walaupun aku mmg tak duduk dekat negara yang bergolak mcm tu, tp aku dpt rasa kesusahan, kepayahan umat islam dekat sana.. ALLAHURABBI...
sungguh, aku sebak. walaupun aku langsung tak kenal pelajar yg dirempuh tu. tp, apa perasaan mak ayah dorg? apa perasaan kawan2 dorg? soalan ni sering bermain dkt fikiran aku. bila kawan2 aku yg dr sekolah tvm post pasal kemalangan ni, aku nk menangis. sadisnya. hanya tu yg keluar dari mulut aku. untuk umat islam yg berada dkt thailand, aku hanya boleh kirimkan doa.
"YA ALLAH, SESUNGGUHNYA KAMI HAMBA YANG LEMAH. YA RABB, BERIKANLAH KEKUATAN DAN KETABAHAN KEPADA SAUDARA2 KU YG BERADA DI SANA. HANYA PADAMU KAMI BERSERAH.."
Dan kepada saudara2ku disana, terus tabah. kuatkan tekad. kekal berjuang. INNALLAHA MA'SSOBIRIN. kami disini sentiasa mendoakan agar suatu hari nnt, keadilan akan memihak kepada kalian..
nota kaki: ada hikmah disebalik apa yang berlaku. bersyukur kerana masih diberi peluang utk terus berjuang ke jalanMU. semoga mereka diberikan kekuatan. HENTIKAN PENINDASAN!





No comments:
Post a Comment